Cara Mudah Untuk Flash Rom / Unbrick Xperia Smartphone

androidf6o

PERHATIAN: SEBARANG KEROSAKAN ATAU MASALAH DITANGGUNG SENDIRI! POST INI TELAH PUN DICUBA DAN BERKESAN TAPI ADA KEMUNGKINAN BOLEH BERLAKU SESUATU DILUAR JANGKAAN.

Assalamualaikum..

Pengguna Android yang nak atau dah root mesti dah pernah dengar flash rom atau pun bricked phone. Memang senang je nak root phone, tapi post ni bukan tunjuk cara untuk root tapi untuk flash rom baru sama ada nak tukar rom lain atau nak unbrick* phone Android korang.

*unbrick itu adalah proses untuk membaiki phone Android yang stuck masa on, tak boleh nak masuk home screen/launcher. Masalah ni juga dipanggil softbricked atau boot loop. Kalau hardbrick, phone tu tak boleh nak on langsung.

Software yang diperlukan:

1. Sony PC Companion. (Link)

2. Flashtools (Link)

3. Rom/Firmware *.ftf (Bahagian paling penting. Search di google. Pastikan stock rom khas untuk phone korang itu ok, baca komen2 orang lain dulu sebelum pergi ke langkah seterusnya.)

Cara-caranya:

1. Install Sony PC Companion.

2. Install Flashtools

3. Copy file *.ftf ke dalam folder “X:\Flashtools\firmwares”

4. Buka Flashtools, sambung korang punya smartphone guna Flash mode. Selalunya tekan button Volume Down dlm 1-2 saat dan sambung usb (jangan lepas tekan). LED akan menyala warna merah. Kalau driver belum install, windows akan install dulu.

5. Pastikan keluar flash mode dan check drivers dulu.

* Jika tak keluar flash mode, atau flashtools keluar driver is not installed, boleh la cuba install driver flash mode di folder “X:\FlashTools\Drivers\Flashtool-drivers.exe”

6. Tekan button “Lightning / Flash”.

7. Pilih flash mode.

7. Pilih rom dan tekan OK.

* Kalau flashing tak gerak, jangan risau. Cancel je atau close Flashtools, mulakan semula tapi tandakan pada “No Final Verification”. Insha Allah boleh.. :)

8. Bila sudah selesai, flashing sampai 100%. Cabut USB dan on smartphone. Mula-mula on memang agak lama jadi korang kena la bersabar.

Video Demo:

Semoga berjaya! Jika ada apa-apa masalah, silalah komen di bawah tapi tidak jamin boleh selesaikan semua masalah ok! :)

Last Modified: 01 June 2013 at 1:51
MyPrayerTimes v2
Klik sini untuk pilih zon anda.
R3
Zon Waktu Solat